12 Petua Hilangkan Jerawat Yang Berkesan. Mesti Cuba!

“Apa pulak yang merah kat dahi aku ni? Aaah jerawat rupanya! Besar pulak tu. Dahlah aku naik LRT hari ni. Mesti ramai yang nampak jerawat aku ni. Aduh malunya”
Jerawat memang satu masalah kerana ia boleh menimbulkan rasa kurang keyakinan diri dan malu berhadapan dengan orang ramai.
Nasib baik ada banyak produk menghilangkan jerawat dengan segera di pasaran. Tapi selama mana perlu bergantung dengan bahan kimia?
Sedangkan banyak bahan berasaskan sumber alam semula jadi yang mampu merawat dan menghilangkan jerawat sebagaimana yang dilakukan oleh bahan kimia.

Berikut adalah 11 petua hilangkan jerawat yang mudah dan berkesan.
Bahan-bahan semulajadi ini boleh menggantikan ubat jerawat atau produk yang mengandungi bahan kimia.

1. PES SERBUK KUNYIT
Titiskan sedikit air pada sesudu serbuk kunyit dan sapu pada jerawat beberapa minit. Lakukan sehingga hilang jerawat.

2. JUS DAUN PUDINA
Blend daun pudina bersama sedikit air. Tapis airnya dan sapu pada seluruh muka. Lakukan sebelum tidur dan biarkan semalaman.

3. JUS BUAH LEMON
Perah jus lemon dan dengan mengguna bebola kapas, tekap pada jerawat selama 20 minit dan bilas. Lakukan dua tiga kali sehari untuk kesan yang cepat.

4. BAWANG PUTIH
Potong bawang putih kepada dua dan tekap pada jerawat sehingga terasa jus bawang putih melekat pada jerawat. Jus ini mengandungi sulfur yang merawat jerawat dengan cepat.

5. UBAT GIGI
Sebelum masuk tidur, sapu ubat gigi pada jerawat dan biarkan semalaman.

6. WAP PANAS
Letak air panas dalam besen dan lalukan bahagian jerawat pada wap panas.
Bukan sahaja menghilangkan jerawat malah menjadikan kulit muka bertambah seri.

7. PEK AIS
Letak ais pada jerawat. Ia akan membantu mengecilkan jerawat.

8. PES SERBUK KAYU MANIS
Letak sesudu madu atau jus lemon pada dua sudu serbuk kayu manis dan sapu pada jerawat.
Sebaiknya guna pes serbuk kayu manis ini sebelum masuk tidur.

9. KULIT BUAH OREN
Blend kulit oren bersama air. Ambil pes oren dan sapu pada jerawat.

10. MADU
Ambil sedikit madu mengguna bebola kapas dan tekap pada jerawat.

11. JUS TIMUN
Hiris timun dan rendam dalam air selama sejam. Kemudian minum airnya.

12. Diamond tomato plus
Hanya kemam Diamond Tomato Plus untuk mendapatkan kulit yang sihat, bersih dan bebas daripada jerawat. Dapatkan sekarang sementara stok masih ada.

SEMUANYA BAHAN SEMULAJADI, TAK PERLU WAS-WAS LAGI!

Mudah kan?
Petua hilangkan jerawat ini boleh digunakan untuk pelagai peringkat umur kerana ianya hanya menggunakan bahan semulajadi.

Apa pun, pastikan muka dicuci dengan bersih sebelum masuk tidur supaya jerawat tak cepat timbul.
Ini kerana mekap, minyak dan debu yang melekat sepanjang hari jika tidak dibersihkan menambah risiko untuk mendapat jerawat dengan mudah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need Help? Chat with us